loading...
Seorang wartawan cuaca didakwa terkena panahan petir ketika melaporkan keadaan cuaca ketika ribut petir sedang melanda, Isnin lepas.
Laporan South China Morning Post mengatakan Lu Xiaodong sedang melaporkan laporan cuaca siaran langsung ketika kejadian.
Dalam siaran tersebut, sebuah panahan petir berwarna ungu jelas kelihatan sebelum Xiaodong terlepas pegang pada payungnya dan gagal meneruskan laporan.
“Tangan saya kebas dan saya boleh nampak di belakang tangan saya dan payung terdapat percikan api bagaikan aliran elektrik,” katanya.
Selain itu, Xiaodong juga mendakwa ternampak percikan api dari rangka dan pemegang payung jurukameranya.
“Rakaman gagal merakam percikan api tersebut mungkin kerana ia terlalu kecil. Kalau kamera berjaya merakam, mungkin saya tidak lagi bernafas,” katanya.
Kejadian tersebut menyebabkan ramai warga laman sosial China menasihatkan pemuda berkenaan supaya berhati-hati ketika membuat laporan.
“Sangat bahayalah. Lain kali, berhati-hati. Kalau mak awak nampak rakaman ini, mungkin beliau akan pengsan,” kata seorang pelayar laman sosial.
loading...
0 Response to "(VideO) Ngerii.. Lihat Saat-saat Getir Wartawan Cuaca Dipanah Petir Ketika Live Memberikan Laporan Semasa..."
Post a Comment