loading...
GARA-gara kerap menghabiskan masa dengan melayari media sosial, seorang remaja perempuan cedera parah selepas dikelar bapa kandungnya di Petchaburi, Thailand.
Nation Multimedia melaporkan, Joi, 41, tidak gemar melihat anaknya yang berusia 13 tahun sering menghabiskan masa dengan media sosial seperti aplikasi Facebook dan LINE.
Suspek dikatakan mengelar leher anaknya sendiri selepas dia hilang sabar ketika dua beranak itu bertengkar.
Joi ditangkap pada malam Ahad lalu di pusat pemeriksaan di daerah Prachuap Khiri Khan Thap ketika cuba melarikan diri dengan anak perempuan bongsunya.
Mangsa yang cedera parah akibat dikelar dilaporkan telah pulih namun masih mendapatkan rawatan hospital.
Difahamkan, sikap mangsa yang kerap menghabiskan masa di media sosial membimbangkan bapanya sehingga mangsa pernah dikurung di dalam rumahnya sebelum ini.
Isteri Joi berkata, suaminya memang seorang yang panas baran dan pernah memukul anak perempuannya atas masalah yang sama.
Jelasnya, suaminya bimbang tabiat ini akan memberi kesan negatif terhadap pembelajaran anaknya.
Bagaimanapun, dia menafikan dakwaan kononnya mangsa diserang dan didera secara seksual oleh suaminya.
Joi turut pernah memberi ancaman untuk membunuh semua ahli keluarga kerana beliau cemburu dan paranoid bahawa isterinya akan kembali kepada bekas kekasihnya.
Siasatan polis mendapati Joi pernah terlibat dalam satu kes pembunuhan di daerah Muang TrangG, Thailand, 10 tahun lalu pada 14 Ogos 2007. – MNH
loading...
0 Response to "Ngerii.. Akibat Anak Terlalu Taksub Dengan Aplikasi Facebook, Bapa Bertindak Kelar Leher Anak Semasa Bertebgkar.."
Post a Comment