loading...
"Jika anda menilai isteri anda melalui paras rupanya, anda tidak menghormati beliau. Jika anda menyemarakkan rasa tidak yakin beliau tentang penampilan beliau dengan berdasarkan rupa, tanya diri anda jika anda benar-benar layak untuk beliau. Dia bukannya mainan anda yang perlu menjadi sempurna sentiasa.."
Brett Ortler, seorang penulis, pencinta haiwan dan juga seorang ayah, baru-baru ini mencatatkan pendapat beliau mengenai badan selepas bersalin isterinya. Sinopsisnya – pendapat beliau mengenai badan isterinya tidak penting!
Kita semua telah melalui peringkat apabila kita dinilai berdasarkan penampilan luaran. Sejak dari zaman kanak-kanak, kanak-kanak yang dimuatkan dalam kategori tinggi carta berat badan sering menjadi tumpuan ejekan.
Ejekan ini, kemudian, bertukar menjadi sesi penilaian. Ini mungkin salah satu daripada sebab mengapa begitu ramai remaja mengalami masalah gangguan makanan. Kemudian, ini akan menjadi penghakiman secara senyap apabila kita menjadi ‘dewasa’.
Ejekan yang paling teruk tentang berat badan seseorang adalah ejekan yang ditujukan kepada wanita yang telah melahirkan anak. Dari regangan di kulit kepada perut yang buncit, ejekan dan kutukan yang tidak berkesudahan.
Dan itulah sebabnya surat yang seakan-akan terbuka ini kepada mereka yang menghukum akan membuatkan kita terasa – ia adalah kerana ia adalah untuk setiap seorang daripada kita!
Brett bermula dengan,
“Apa yang saya katakan kepada isteri saya tentang bagaimana tubuhnya berubah selepas dia melahirkan?
Tiada apa-apa.
Pertama sekali, badan selepas bersalin isteri saya adalah benar-benar bukan urusan saya. Ya, saya suaminya, tetapi pada skala pendapat penting, pandangan suami pada badan selepas bersalin isterinya adalah suatu tempat di antara remaja yang mengejek pada lukisan Picasso dan keadaan terdesak anak kecil saya untuk dipeluk kali kelima sebelum tidur. ”
Beliau seterusnya membuat satu fakta yang sah. Kehamilan jarang berlaku semata-mata. Oleh itu, apabila anda membuat keputusan untuk mempunyai seorang bayi, anda meminta isteri anda untuk melalui banyak perubahan – sesuatu yang anda sendiri mungkin tidak bersedia untuk kendalikan. Jadi pada dasarnya, anda meminta isteri anda,
“Hey isteri, saya mahu anda mengandungkan anak saya selama 10 bulan. Jika kita bernasib baik, ini akan menghasilkan anak yang masih hidup.
Walaubagaimanapun, proses ini secara dramatik akan mengubah tahap neurotransmitter anda dan membawa kepada perubahan besar-besaran yang kekal kepada minda dan keperibadian anda, apatah lagi perubahan kekal untuk badan anda. Oh, anda juga akan menjadi sumber bekalan susu dan berat badan anda akan melonjak. ”
Ini adalah beberapa perubahan yang ibu-ibu akan alami semasa mengandungkan anak mereka. Preubahan yang berlaku kepada badan mereka adalah suatu perubahan yang besar dan hanya mereka mampu untuk menanganinya.
Mengapa saya menghargai badan selepas bersalin isteri saya?
Saya menjadi seorang bapa kira-kira enam bulan yang lepas. Isteri saya telah melalui banyak perubahan dalam tempoh 15 bulan yang lepas dan saya tidak dapat bayangkan apa yang dia telah melalui. Dia mengalami loya, keletihan, kaki bengkak, gaya berjalan goyah, hormon, nafsu, kerap kencing.
Apabila masa bayi saya ingin diilahirkan, beliau membenarkan dirinya untuk dipotong, hanya untuk melahirkan bayi kami. Bayi kami akan menggigit beliau dan akan menolak untuk menyusu apabila tiba masa untuk menyusu, akan menuntut suapan kerap apabila isteri saya letih, akan mula menangis hanya kerana isteri saya tidur dan isteri saya melaluinya semua tanpa keluhan.
Dan walaupun saya melakukan apa yang saya boleh, saya merasakan seperti penonton senyap kerana kedua-duanya memegang peranan penting, sebagai seorang ibu dan seorang anak lelaki. Dan dalam proses itu, dia telah menjadi matang! Dan badannya adalah cara beliau metamorfosis dalam peranan barunya.
Dikatakan, di bawah tekanan yang besar, arang batu pun boleh bertukar menjadi berlian. Walaupun saya tidak akan memanggil isteri saya sebagai hiasan seperti berlian, yang pasti, beliau mula bersinar selepas keseluruhan proses ini!
Jadi bapa, sebelum anda membandingkan badan isteri anda kepada dirinya yang sebelum bersalin, ingatlah tiga perkara ini.
- Walaupun dia telah berubah, anda juga perlu berubah! Anda bukan orang yang sama beliau kahwini. Jika anda menjadi botak dan mempunyai perut yang buncit, dia mempunyai haknya untuk bangga dengan bentuk badannya!
- Seks tidak selalu tentang paras rupa. Ya, anda mungkin pernah menikmati seks yang hebat dengan isteri anda apabila dia mempunyai badan yang cantik. Walaubagaimanapun, bukti menunjukkan bahawa kegembiraan seks adalah di dalam otak, tidak dalam alat kelamin. Jadi, daripada mendapat kekecewaan, cuba rasa keseronokan dalam idea dunia baru!
- Jika anda menilai isteri anda melalui paras rupanya, anda tidak menghormati beliau. Dunia adalah tempat yang merosakkan di mana bapa berbangga bentuk badan mereka tetapi ibu-ibu merasakan badan mereka tidak sempurna. Jika anda menyemarakkan rasa tidak yakin beliau tentang penampilan beliau dengan berdasarkan rupa, tanya diri anda jika anda benar-benar layak untuk beliau. Dia bukannya mainan anda yang perlu menjadi sempurna sentiasa. Beliau adalah sebab mengapa impian anda mempunyai makna. Jadi hormatinya. Jika dia tidak gembira mengenai rupanya, bekerjasama dengan beliau untuk kembalikan bentuk badannya. Tetapi jangan anda berani menghakimi dia, jika tidak saya akan mencari anda!
loading...
0 Response to "(TrendinG) Lelaki ini Alasan yang Mengejutkan, Mengapa Dia Cintakan Bentuk Badan Isterinya Selepas Bersalin"
Post a Comment