Wartawan Khayal Ketika Buat Liputan Kerana Tersilap Pilih Lokasi.. Apa yang Dikatakan oleh Wartawan ini Boleh Buat Korang Ketawa..

loading...
uishh.. stim teruk dah wartawan ni..cakap pun dah lari topik..bukan main seronok lagi dia buat rakaman..korang nak tahu kenapa wartawan ni jadi tak tentu arah? rupa-rupanya, tempat yg diorang buat liputan tuu dekat dengan.....


London : Seorang wartawan BBC mengalami detik memalukan selepas tersilap memilih lokasi ketika membuat liputan mengenai pemusnahan dadah oleh pihak berkuasa.
Quentin Sommerville yang ditugaskan di Baitulmaqdis memuat naik video itu di YouTube semalam sebagai “hadiah Krismas” kepada pengikutnya di Twitter.
Video bertajuk Don’t inhale (Jangan tarik nafas) itu menunjukkan Sommerville tidak dapat menghabiskan laporannya kerana khayal akibat menghidu terlalu banyak asap heroin, candu dan hashish yang sedang dibakar.
Sommerville memulakan laporan itu dengan berkata: “Sebanyak lapan setengah tan heroin, candu, hashish dan dadah lain sedang dibakar di belakang saya.”
Dia kemudian cuba meneruskan laporannya, namun tergelak, menyebabkan jurukamera turut ketawa.
Sommerville kemudian menggesa jurukameranya supaya mencuba merakam laporan itu semula, namun kali ini dia menjadi lebih teruk kerana langsung tidak dapat menghabiskan ayatnya.
Berkali-kali dia cuba menghabiskan liputan itu, namun nyata mereka berdua gagal mengawal diri sehingga akhirnya ketawa terbahak-bahak.
“Ssh, cepat satu saja lagi,” kata Sommerville kepada jurukameranya, namun sekali lagi berakhir dengan hilaian tawa.
Akhirnya, Sommerville dilihat memegang kepalanya mengaku kalah selepas menyedari liputan itu tidak mungkin dapat diselesaikan.
Wartawan berkenaan memuat naik pautan kepada video itu di Twitter dengan ucapan: “Tahun ini dipenuhi pertumpahan darah dan tembakan. Marilah kita ketawa pula sempena sambutan Krismas.”
loading...

0 Response to "Wartawan Khayal Ketika Buat Liputan Kerana Tersilap Pilih Lokasi.. Apa yang Dikatakan oleh Wartawan ini Boleh Buat Korang Ketawa.."

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close