(Video) Ngerii... Bayi Tergantung dan Terseret Dari Kerusi Roda Sejauh 10 Meter, Pengarah & Doktor Dipecat Serta Merta..

loading...
Kesiannya lahai kat bayi tu.. kemalangan macam ni selalu berlaku disebabkan kecuaian pekerja disitu sendiri.. tapi tidak bermakna semua pekerja di hospital tu cuai.. wahai staf-staf nurse diluar sana, hati-hati ketika bekerja.. kerana ia melibatkan nyawa..


Seorang wanita yang bersalin di atas kerusi roda semasa jururawat menolak untuk masuk ke dalam bilik persalinan sebaik sahaja sampai di hospital, terus bersalin dan bayinya tergantung dengan bantuan tali pusat dan diseret sejauh 10 meter.
Kejadian ini berlaku di Luoyang City MCH, China dan video “Newborn baby dragged on ground upside down after slipping from pregnant woman” mendapat perhatian di mata dunia dan ramai mendakwa hospital tersebut tidak menjalankan tanggungjawab.
Semasa wanita itu di atas kerusi roda, wanita itu tidak berdaya dan hanya menjerit minta dibawa ke bilik persalinan sehingga seseorang yang berada di hospital menjerit memberitahu kepala bayi mencecah tanah dan barulah jururawat memberhentikan kerusi roda serta memeriksa bayi tersebut.
Pengarah dan dua orang doktor yang bertugsa dan bertanggungjawab terhadap wanita ini telah dipecat oleh pihak hospital kerana cuai dan tidak bertanggungjawab.
Sebelum ini, doktor yang memeriksa wanita ini mendakwa bayi wanita ini tidak akan selamat sekiranya dilahirkan dan sekiranya dilahirkan juga, bayi ini akan cacat semasa lahir.
Wanita dan suaminya meminta pampasan daripada pihak hospital sebanyak 200,000 yuan tetapi pihak hospital mendakwa pampasan tersebut agak tinggi dan akan diselesaikan di mahkamah.

loading...

0 Response to "(Video) Ngerii... Bayi Tergantung dan Terseret Dari Kerusi Roda Sejauh 10 Meter, Pengarah & Doktor Dipecat Serta Merta.."

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close