Mengejutkan.. Wanita ini Dilahirkan dengan Keadaan Tapak Kakinya Ke Belakang.. Namun Berjaya Menjalani Kehidupan Normal..

loading...

Seorang wanita yang dilahirkan dengan tangan dan kaki yang luar biasa mengejutkan doktor mengenai perkembangannya.. Walaupun dilahirkan dengan tangan dan kaki menghadap ke belakang, Wang Fang, berjaya menjalani kehidupan normal.





Chongqing: Seorang wanita yang dilahirkan dengan tangan dan kaki yang luar biasa mengejutkan doktor mengenai perkembangannya.
Walaupun dilahirkan dengan tangan dan kaki menghadap ke belakang, Wang Fang, berjaya menjalani kehidupan normal.
Doktor mulanya bimbang Wang tidak akan dapat berjalan dengan baik kerana keadaan kakinya itu.
Bagaimanapun, pelayan restoran yang kini berusia 30-an berkata, dia tidak melihat dirinya cacat.
“Saya boleh berlari lebih laju berbanding rakan saya dan mempunyai kerja tetap sebagai pelayan di restoran milik keluarga. Tiada alasan untuk menganggap saya cacat,” katanya.
Dia yang mempunyai anak dengan kaki yang normal berkata: “Saya boleh berjalan seperti orang lain. Saya sama seperti orang lain, kecuali terpaksa memakai kasut terbalik.
Wang bukan satu-satunya orang yang yang berjaya mengatasi kecacatan ganjil.
Sebelum ini, Claudio Vieira de Oliveira dari Brazil berjaya menjadi penceramah umum walaupun dilahirkan dengan kepalanya terbalik.
loading...

0 Response to "Mengejutkan.. Wanita ini Dilahirkan dengan Keadaan Tapak Kakinya Ke Belakang.. Namun Berjaya Menjalani Kehidupan Normal.."

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close