Gara-gara Silap Letak Bilik Pembedahan oleh Staff Hospital, Kerongkong yang Sakit, Punggung Dibedah..

loading...
Tak pasal-pasal budak tu terpaksa tanggung sakit lain.. nak salahkan doktor sepenuhnya pun, tak boleh.. ini kalau jadi kt Malaysia, mau tak mau, meroyan teruk ahli keluarga..


Riyadh: Kesalahan yang dilakukan doktor seperti tersilap menentukan penyakit atau tertinggal kain dalam perut pesakit selepas pembedahan mungkin sudah biasa berlaku.
Tetapi, di Jazan, selatan Arab Saudi, kesilapan yang dilakukan pegawai perubatan di sebuah hospital amat teruk apabila mereka menjalankan pembedahan buasir ke atas seorang kanak-kanak yang sakit kerongkong.
Akhbar Sabq melaporkan, kejadian berlaku selepas petugas tersilap menghantar kanak-kanak berkenaan ke bilik bedah lain.
“Mereka sepatutnya melakukan pembedahan pada kerongkongnya, tetapi doktor melakukan pembedahan buasir terhadap anak saudara saya,” lapor akhbar itu, memetik kata-kata bapa saudara mangsa Ahmed Al Tamihi.
Keluarganya sudah mengemukakan aduan kepada Kementerian Kesihatan dan mereka berjanji menyiasat kes itu.
“Anak saudara saya kini pulih selepas pembedahan itu dan akan pulang beberapa hari lagi. Dia tidak pernah sakit buasir,” katanya.
Setakat ini tidak dapat dipastikan sama ada pesakit buasir terbabit dihantar ke bilik bedah dan menjalani pembedahan tonsil.
loading...

0 Response to "Gara-gara Silap Letak Bilik Pembedahan oleh Staff Hospital, Kerongkong yang Sakit, Punggung Dibedah.."

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close