Keputusan Kerajaan pinda Akta 164 adalah untuk kepentingan negara - TPM

loading...

PUTRAJAYA - Keputusan kerajaan untuk meminda Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Penceraian) 1976 atau Akta 164 adalah berdasarkan kepentingan negara, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, lapor Malay Mail Online

Ahmad Zahidi Hamidi berkata, beliau menghormati pandangan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria agar kerajaan menarik balik keputusan itu dan fatwa yang dibuat sebelum ini mengenai perkara itu, tetapi kerajaan perlu melihat kepentingan negara mengatasi lain-lain kepentingan. 

"Sebagaimana yang dimaklumkan oleh Yang Dipertua Dewa Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, kita akan melihat kepentingan negara mengatasi lain-lain kepentingan. 

"Kita harap apa jua keputusan kerajaan, kita mesti berlapang dada. Kita menghormati semua agama dan hak semua kaum dan keputusan kerajaan adalah berdasarkan kepentingan negara keseluruhannya," katanya. 

Terdahulu Mufti Perak mendakwa Pindaan Akta 164 itu bertentangan dengan Perlembagaan dan hukum syarak serta dianggap memperlekeh dan menghina Islam. 

Dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Ke-87 pada Jun 2009 memutuskan, apabila salah seorang pasangan ibu atau bapa memeluk Islam, status agama bagi anak bawah umur pasangan itu secara automatik beragama Islam. 

Bagaimanapun dalam pindaan Akta 164 menyebut, apabila salah seorang pasangan memeluk agama Islam dan berlaku perceraian, penukaran status agama anak hanya boleh dilakukan selepas mencapai usia 18 tahun dan mendapat persetujuan dari kedua-dua ibu bapa, jelas sekali bertentangan dengan apa yang diputuskan dalam fatwa serta ditetapkan hukum syarak. 

Jika pembentangan pindaan Akta 164 diteruskan, kerajaan dilihat lebih tunduk dengan kemahuan golongan liberal dan tidak mampu memelihara agama Islam. 

Dari sudut perundangan, perubahan ini juga akan menjejaskan kuasa Mahkamah Syariah dan akan menjejaskan serta memperlekehkan kes-kes yang telah diputuskan mahkamah, selain menjadikan sesuatu perkara yang sah menjadi tidak sah. - The Reporter
loading...

0 Response to "Keputusan Kerajaan pinda Akta 164 adalah untuk kepentingan negara - TPM"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close