'Towing sampai rosakkan kereta pelawat, tak nak bertanggungjawab pula sampai kami dicaj RM8,500'

loading...


Bismillahirrahmanirrahim. Saya akan kongsikan insiden yang berlaku kepada kami agar orang lain lebih berhati-hati dengan pihak pengurusan parking Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Semua sedia maklum pihak HKL telah menggunakan khidmat towing dari pelbagai syarikat luar. Walaupun parking bertingkat disediakan masih tidak mampu menampung jumlah pelawat yang datang ke HKL.

Pada 26 Mac 2017 (Ahad) suami telah menziarahi ibunya yang masih terlantar koma di Wad NICU Nephrology HKL yang masuk minggu ke-3. Ini merupakan perkara rutin suami selama 3 minggu ini untuk menjaga ibunya disamping adik-beradik yang lain.

Suami mendapati keretanya telah ditarik (towing) dan pergi membuat bayaran saman pada syarikat parking HKL dan sampai di rumah di Putrajaya, jam 4.00 pagi 27 Mac 2017 (Isnin).

Saya bersiap dan menghantar anak pula ke sekolah selepas subuh. Selang 10 minit berjalan tiba-tiba alarm mengeluarkan bunyi dan tertera: 


OVERHEATING. PLEASE STOP YOUR VEHICLE SAFELY

Meter heating dari cool (blue) terus bertukar menjadi heat (red) 100%. Kebetulan memang saya terus park di hadapan lobi pejabat. Tunggu selama sejam, kemudian minta tolongg tuan Hassan Tokey tengokkan masalah kereta, apa sebenarnya yang berlaku. (Thanks Tuan!). Check air masih ada dalam 1/2 tank. Buka penutup radiator, air kering kontang. Jadi tuang dalam 3 liter air Coway.

Hidupkan enjin, kemudian meter tunjuk blue (cool) semula tapi terdapat leaking air di sebelah kiri hadapan kereta. Air bercampur dengan bendalir berwarna hijau, bendalir coolant agaknya. 

Saya menghubungi auto-assist untuk hantar carrier then bawa kereta ke pusat servis berhampiran. Bila pihak pomen buat pemeriksaan dan panggil saya untuk melihat sendiri apa yang berlaku. Saya benar-benar terkejut, kedua-dua belah condenser dan radiator telah kemek, coolant juga telah pecah. Tiada sebarang kesan langgaran or kemalangan. Pihak pomen tanya apa yang berlaku sehingga menyebabkan ia kemek sebegitu rupa.



Saya maklumkan memang tiada sebarang kemalangan yang berlaku, cuma semalam suami maklumkan kereta kena towing oleh pihak penyenggaraan HKL. 

Saya telah menghubungi HKL dan mendapatkan nombor telefon pihak yang bertanggungjawab. Sah! Mereka lepas tangan dan berdolak-dalih dalam hal ini. Saya benar-benar marah dan kecewa dengan sikap lepas tangan syarikat berkenaan.




Ya saya faham itu tanggungjawab mereka untuk menjalankan tugas mereka tetapi bukanlah sehingga menjahanamkan kereta para pelawat. Betapa cuai dan tidak profesionalnya mereka daam menjalankan tugas. Bagaimana mereka towing kereta pelawat sampai boleh merosakkan kereta pelawat? Apa hak mereka?

Saya telah membuat laporan polis dan menuntut agar syarikat berkenaan bertanggungjawab di atas apa yang berlaku. 

Sebutharga yang dianggarkan oleh pihak Mitsubishi adalah sebanyak RM8,500.00 untuk kerosakan luaran berkenaan dan belum pasti lagi kerosakan dalaman apa yang telah terjejas akibat masalah tersebut.



Untuk makluman, pihak suami telah berjumpa dengan pihak pengurusan parking HKL dan paling menyedihkan staff yang mengeluarkan saman berkenaan tidak menggunakan resit saman sebenar. Bermakna, duit saman yang telah dibayar sebelum ini telah disonglap oleh manusia yang busuk perut!

Ada staff yang jujur telah menunjukkan resit saman tunda yang sepatutnya dikeluarkan kepada semua pelawat, namun resit yang diterima oleh suami setelah disaman dibuat adalah resit parking semata-mata. Semua saman perlu dimasukkan ke dalam sistem namun mereka tidak jujur dan tidak memasukkan nombor kenderaan kami yang ditunda agar duit bayar tadi boleh diambil oleh  mereka.

Saya benar-benar kecewa dengan pihak pengurusan parking HKL. Orang yang datang ke HKL bukanlah suka-suki dan semuanya kerana ada saudara mara yang sakit dan terlantar lama di hospital.

Saya akan terus berjuang untuk mendapatkan hak saya. Saya harap saya orang terakhir yang kena dengan sikap tak bertanggungjawab mereka. Semoga tiada lagi mangsa selepas ini. Orang kurang ajar akan dapat habuannya selepas ini.
loading...

0 Response to "'Towing sampai rosakkan kereta pelawat, tak nak bertanggungjawab pula sampai kami dicaj RM8,500'"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close