loading...
Oleh Razak Rahim
Lain orang lain cara, jangan ikut kalau badan tiada daya ketahanan yang tinggi. Saya bukan pakar fitness, tetapi ia berkesan pada saya. Bila badan dah naik, saya akan diet sekejap. Dan bila badan dah slim, saya makan macam-macam semula. Ambil yang baik, yang buruk buang jauh-jauh.
NO CARBO, NO SUGAR, NO FRUIT
Tempoh pembasmian lemak asal dalam badan selama 14 hari. Tanpa karbo, tanpa gula dan tanpa buah. Tenaga dari lemak asal dalam badan akan digunakan untuk memproses protein yang kita makan 14 hari pertama.
Untuk menu selama 14 hari:
- Sarapan pagi - tiga biji telur setiap pagi
- Makan tengah hari - Ayam goreng, grill, bakar 1/4 (beli je)
- Makan malam (sebelum 7 petang) - Sup sayur hijau, ayam atau daging
Makanlah berkilo-kilo protein setiap hari. Lagi banyak kilo turun sebab lemak-lemak asal dalam badan bekerja sekuatnya untuk membakar protein yang kita makan.
Ingat, disiplin mesti kuat. Seriously saya tak ambil karbo, gula dan buah selama 14 hari. Sayur yang dalam kategori buah pun saya elakkan. Tak tipu. Seafood pun tak makan. Air kosong sahaja 3 liter sehari.
Selepas 14 hari pembasmian lemak dalam badan, hari ke-15 bolehlah makan karbo. Tetapi makan karbo 1/4 dari kebiasaan saja. Kalau selalunya 4 senduk nasi, jadikanlah satu senduk saja. Lebihkan lauk. Yang penting jangan skip makan.
Semangat nak kahwin, nak bagi nampak gambar kahwin lawa, sebab itu boleh kurus. Saja bagi gambar nak bagi semua bersemangat untuk kurus. Hehehe!
Ramai anggap/tahu saya kurus sebab sakit. Sebenarnya saya buat atkins. Dulu saya kena marah sebab diet, kurus sangat. Semua keluarga, rakan sekerja tak suka saya kurus. Nenek pun marah.
Jadi saya bagi alasan kurus kerana sakit, jadi orang tak marah, kasihan adalah. Kebetulan masa itu saya sakit kaki, masuk wad. Semua percaya itu faktor saya kurus. Sorry kawan-kawan, saya memang sakit tetapi saya kurus sebab semangat diet nak kahwin.
loading...
0 Response to "'Saya kurus sebab semangat diet nak kahwin' - Nak kurus dalam 21 hari? Follow tips lelaki ini"
Post a Comment