Jangan dimarah anak yang aktif/lasak, bantu mereka salurkan tenaga yang banyak itu ke arah yang lebih bermanfaat

loading...


Fit kids = fit brains!


Mengikut kajian oleh Chaddock et al. (2014) yang diterbitkan dalam Journal Frontiers of Human Neuroscience, kanak-kanak yang mempunyai tahap kecerdasan fizikal yang tinggi cenderung memilki otak yang sihat dan cerdas. Dipercayai juga bahawa aktiviti fizikal mampu meningkatkan "grey matters" di dalam otak di mana ianya mampu meningkatkan memori dan kebijaksanaan.

Ini adalah salah satu kajian dari banyak lagi kajian yang telah dibuat bagi mengaitkan kecerdasan fizikal dan kecerdasan otak kanak-kanak (fit kids = fit brains).

Sebagai scientist dan researcher, saya memang gemar membaca article journal (sudah jadi habit). Tapi, sebagai seorang ibu, saya banyak gunakan "instinct" yang Allah kurniakan untuk mendidik anak-anak, provided ianya tidak melanggar hukum Allah dan selari dengan suruhanNya.

Pernah dengar orang tua-tua berpesan yang budak yang tidak duduk diam ini anak yang bijak? Ya, orang tua-tua zaman dahulu sudah maju dalam menganalisis dan berhipotesis berdasarkan pemerhatian. Cumanya tidak dibukukan atau dijadikan artikel saja. Jika tak, sudah lama nenek moyang kita akan di 'qouted' dalam penulisan dan modul-modul perkembangan awal kanak-kanak.

Fitrah kanak-kanak adalah bermain, bergerak dan tidak duduk diam. Mereka banyak tenaga, jadi dengan tidak duduk diam (lazim dilabelkan 'buas/nakal'), tenaga yang banyak itu dapat dikeluarkan. Jadi, sebagai ibubapa apakah peranan kita? Sepatutnya, kita membantu mereka menyalurkan tenaga mereka yang banyak itu ke arah yang lebih bermanfaat. 

Contohnya, sediakan ruang mereka untuk melompat, memanjat, bergayut, berlari dan sebagainya. Beruntung jika rumah ada halaman atau ada ruang untuk beraktiviti diluar. Tapi kalau rumah apartment seperti rumah kami yang tidak mempunyai halaman, adakah aktiviti fizikal anak-anak akan terbatas? Jadi, disinilah peranan ibubapa untuk mewujudkan ruang untuk anak-anak supaya dapat beraktiviti fizikal biarpun ruang rumah yang sempit.

Kalau kawan-kawan masih ingat, kami pernah sediakan ruang memanjat dan pull-up bar untuk Harraz bergayut. Tetapi sekarang kami dah mampu sediakan "Hallway Monkey Bar" untuk kami sekeluarga bergayut. Alhamdulillah, berbekalkan modal RM100+, papa Harraz DIY Hallway Monkey Bar ini. Mulanya, mama teringin nak DIY brachiation bar, tapi memandangkan ruang rumah kami yang sempit, jadi papa pun usulkan idea ini. Yang penting jimat ruang dan kami sekeluarga dapat memanfaatkan sepenuhnya monkey bar ini (mama pun dipaksa bergayut ).

Jadi, jika sebelum ini anak yang aktif dan tidak duduk diam dilabelkan sebagai 'buas dan nakal', apa kata kita ubah persepsi tersebut dengan memainkan peranan kita sebagai ibubapa. Biasanya, anak yang diberikan peluang dan ruang oleh ibu bapanya, mereka faham dan tahu had untuk beraktiviti. 

Contohnya, Harraz faham yang mama tak suka dia berlari-lari di tempat yang tak sesuai dan bahaya (di jalan, di rumah sedara mara, di kawasan public-shopping complex etc). Dia juga faham di mana boleh memanjat dan melompat sebab kami dah sediakan tempat sepatutnya untuk dia. Tetapi, sebagai fitrah kanak-kanak yang suka bermain dan bereksplorasi, seringkali juga Harraz menduga tahap kesabaran mama dan papa. Jadi, disinilah peranan mama dan papa untuk sentiasa mengingati dan ulangi "the dos & donts" kepada Harraz setiap kali kami keluar. Insyallah jika kita terangkan dengan jelas secara berulang-ulang, anak-anak akan faham "guideline" kita.

Oh selain artikel di atas, Glenn Doman juga sangat menggalakkan anak-anak dilatih untuk fit sejak baby lagi. Ada langkah-langkah serta stimulasi yang di ajar sesuai dengan umur anak-anak dalam buku beliau "Fit baby, smart baby, your baby: from birth to age 6".
Ok, selepas ini, jom kita galakkan anak kita aktif dan melasak sesuai dengan keadaan dan ruang. Dan ajarkan juga anak adab dan rasa hormat kepada orang lain dengan tidak melasak di tempat yang tidak sepatutnya (ya, kami masih struggle bab ni)! 

Oh tak lupa juga semua pun yang kita usahakan bukanlah penentu kebijaksanaan dan kesihatan anak-anak. Ianya hanyalah asbab, semua yang berlaku pun atas izinNya. By the way, seperti selalu yang saya pesankan, dont trust me and do your own reseach 

Nota kaki: sepatutnya kecerdasan fizikal dan otak ini haruslah berpanjangan sehingga tua. Jadi, jomlah kita sama-sama melompat, bergayut dan berlari dengan anak-anak walaupun tiap-tiap kali disuruh papa, banyak betul alasan mama bagi.


Update: Disertakan sekali bajet dan diagram DIY hallway monkey bar by Hazwan Jalani kepada sesiapa yang berminat nak buat sendiri.
loading...

0 Response to "Jangan dimarah anak yang aktif/lasak, bantu mereka salurkan tenaga yang banyak itu ke arah yang lebih bermanfaat"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close