loading...
PTPTN, you really make me pissed off!
Tiba-tiba dapat email ini. Pelik, sedangkan aku tak pernah missed bayar PTPTN dan loan masa aku foundation dah lama aku langsaikan. Cuma loan degree yang aku masih disiplin bayar setiap bulan tanpa gagal sampai sekarang dan mungkin sampai aku berumur 40 tahun, kalau ikutkan kontrak. Mana datang RM9,484.74 ini?
Ini jawapan yang aku dapat daripada adik call-centre.
Aku: Bla bla bla... (bagi details aku)
Dia: Baik puan, ada apa yang saya boleh bantu?
Aku: Saya dapat email yang menyatakan saya masih tunggakan RM9,484/74. Saya cuma nak pastikan, dari mana datangnya amaun ini? Sebab kalau ikut statement saya, saya tak penah gagal bayar sejak tahun 2010 dan statement saya ini hanya tunjuk yang Ujrah saja. Yang sebelum-sebelum ini masa konvensional saya tak boleh tengok dah. Kalau ikut statement ini, saya tak pernah gagal bayar setiap bulan sehingga ke hari ini.
Dia: Kalau ikut rekod puan, amaun tertunggak ini sejak tahun 2007 (selepas aku grad). Jadi bayaran tertunggak ini diambil daripada pinjaman degree puan yang tak diselesaikan.
Aku: 2007? Yer, saya ada on off bayar sebab pernah menganggur dan bila dah kerja, saya bayar on off dengan bayaran mengikut kemampuan memandangkan gaji saya kecil pada masa itu. Saya mula disiplinkan diri untuk membuat pembayaran bila masuk tahun 2008 sampai saya dapat tawaran tukar ke pelan Ujrah. Selepas itu, saya teruskan bayar setiap bulan menikut baki semasa yang saya terima di dalam statement. Jadi saya sentiasa update dengan figure dalam statement saya setiap bila sehingga tiba-tiba mendapat emel ini.
Dia: Maaf puan, tunggakan ini amaun sebelum tukar ke pelan ujrah. Amaun tunggakan ini tak dikemaskinikan sekali dalam statement puan selepas ditukarkan ke Ujrah. Jadi jumlah tunggakan ini terbiar begitu sahaja.
WHAT THE....??!
Aku: Macam mana boleh jadi begitu? Kenapa PTPTN tak maklumkan kepada saya awal-awal semasa saya mendapat tawaran Ujrah dan inilah amaun yang perlu saya selesaikan? Kenapa sekarang? Kenapa selepas 7 tahun? Kenapa dua tahun sebelum itu saya tak dapat sebarang peringatan dari PTPTN?
Dia: Maaf puan, saya tidak dapat bantu tentang hal itu. Kalau puan nak tengok pengiraannya, puan kena pergi ke kaunter dan puan boleh tengok secara details macam mana tunggakan itu boleh menjadi RM9,484.74.
Kepala aku dah mula panas, jantung dah berdegup laju. Ada lagi penjelasan dari operator PTPTN ini yang lebih kurang sama dan tidak perlu aku kongsikan. Yang pasti aku tertekan dengan PTPTN. Kenapa sekarang baru kau nak bertindak?
9 tahun aku ada bayaran tertunggak yang sudah dikenakan interest, yang mati-mati aku fikir sudah diselaraskan sekali dalam pelan Ujrah. Kenapa PTPTN tak maklumkan dari dulu lagi? Kenapa baru sekarang?
Tunggakan aku terperap untuk 9 tahun tanpa ada sebarang amaran, tiada sebarang surat menyurat diterima yang mengatakan aku perlu buat settlement. Dari amaun yang kecil sampai 9 tahun, tunggakan aku jadi RM9,484.74. Dan senang cerita, aku baru dapat emel ini hari ini dan aku semak, ya aku dah kena blacklist. Terima kasih PTPTN!
Jalan penyelesaian yang PTPTN bagi pada aku, kalau nak fight kena bawa kes ke mahkamah. Tapi kalau aku insist nak clear daripada blacklist, nak tak nak aku kena bayar jumlah RM9.484.74 itu sebelum aku terbang ke luar negara. Ya, aku dah nak fly next week.
Kenapa baru sekarang PTPTN? Adakah kau nampak rekod aku bayar secara konsisten, baru sekarang kau mencari dan menganiaya aku? RM9,484.74? Aku tak tahu celah mana nak cari duit sebanyak itu dalam masa seminggu ini.
Kepada mereka yang masih ada hutang dengan PTPTN, pergilah buat semakan pengesahan, mungkin korang pun ada hidden amount yang PTPTN tak beritahu, yang mereka nak biarkan beranak pinak sampai amaun jadi besar, gamaknya.
loading...
0 Response to "'Ingatkan dah settle habis hutang PTPTN, rupanya ada tunggakan RM9,484.74 (hidden charges) sampai aku kena blacklist' - Pengadu"
Post a Comment