loading...
IPOH, PERAK - Dua lelaki yang menunggang motosikal cuba meragut beg tangan seorang wanita, gagal melarikan diri apabila orang awam bergegas membantu mangsa.
Difahamkan kejadian berlaku petang semalam di Kampar, mangsa yang berada di dalam keretanya (Proton Wira) dihampiri dua suspek berkenaan dan salah seorang suspek membuka pintu kereta dan menarik beg tangannya sebelum cuba melarikan diri.
Kejadian itu disedari oleh beberapa orang awam berhampiran lalu bergegas menghalang dua suspek yang cuba melarikan diri.
Motosikal suspek diterajang menyebabkan mereka berdua terjatuh lalu dibelasah orang awam. Namun kedua-duanya masih cuba bergelut melarikan diri sehingga memaksa campur tangan lebih ramai orang awam.
Setelah ditangkap, salah seorang suspek berhelmet merah pula menafikan dakwaan kononnya mereka meragut beg tangan mangsa. Sebaliknya mendakwa dia memberhentikan motosikalnya kerana telah melanggar pintu kereta mangsa yang dibuka secara tiba-tiba.
Bagaimanapun, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) jelas sekali menunjukkan dua suspek berkenaan sememangnya berniat mahu meragut mangsa.
Difahamkan suspek telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. -
The Reporter
loading...
Related Posts :
Dalam Sehari, Anda Buang Air Kecil Lebih Daripada 8 Kali? Sila Baca.. Berkemungkinan Anda Mengalami Masalah ini..Cuba korang bayangkan.. dalam masa satu malam, korang akan bangun ke tandas berkali-kali.. tak ke pe… Read More...
Biar Betul ! 12 Fakta yang Terdapat di Negara Korea Utara Pasti Akan Buat Anda Terkejut.. Fakta no6 tu Memang Menakutkan..
Tahukah anda, ada beberapa perkara yang berlaku di Korea Utara yang boleh menjengkelkan anda. Bayan… Read More...
Para Wanita, Jangan Malas Share.. Inilah Tips Untuk Mengatasi Masalah Keputihan Dengan Menggunakan Daun Sireh..Mudahnya !Menurut fakta, hampir semua perempuan pernah mengalami masalah ini.. bezanya ialah berterusan atau h… Read More...
(VideO) Ingatkan Badan Kebal, Tok Dukun Mati Tertusuk Pedang Sendiri Hingga ke Jantung..Yelah, kalau dah nama dukun, korang mesti anggap ilmu yang diamalkan lain dari yang lain.. salah sat… Read More...
Kejam.. Gara-gara Lamaran Ditolak, Gadis Bertudung ini Diheret Kekasih Masuk ke Dalam Bilik dan Dikunci.. Apa yang Berlaku Sangat Mengerikan..Dah buat baru nak menyesal, tak payah laa.. kalau betul sayang, ada cara yang betul..bukan dengan ca… Read More...
0 Response to "Dah ragut, tak mengaku pula"
Post a Comment