loading...
Terkini! Tawaran Latihan Percuma KPM kepada Guru ke Jepun dengan Elaun Bulanan RM 5,500
KPM sekarang buka tawaran PERCUMA untuk para guru buat latihan perguruan diJEPUN!!!
Tawaran ini adalah terbaru iaitu Januari 2017.
Ada sesiapa ingin mencuba nasib tak? Best tu dapat pergi ke Jepun. Percuma lagi.
Admin sendiri pernah melawat negara ni. Memang suasana negara ini adalah pada pada tahap negara IDEAL untuk didiami.
Kalau ada pengalaman tinggal di sana bagi tempoh maksimum 2 tahun best kan?
Sekarang ada tawaran biasiswa untuk Latihan Perguruan secara Percuma. Semuanya ditanggung KPM. Apa lagi, tak rugi kan untuk mencubanya.
Okey, jom tengok apa skim latihan yang ditawarkan itu.
TAWARAN : MONBUKAGAKUSHO (Latihan Perguruan di Jepun)
Objektif : Untuk mengendalikan penyelidikan tentang Pendidikan Sekolah - Sekolah di Jepun
Penempatan : Universiti di Jepun
Permohonan : Sehingga 27 Januari 2017
Tempoh : Maksimum 2 tahun
Oktober 2017 - Mac 2019
Elaun : 143,000 Yen Sebulan = RM 5,550 Sebulan
Maksimum sehingga 146,000 Yen bergantung pada lokasi
Pengangkutan : Tiket Penerbangan ditanggung. Pengangkutan dalam Jepun tidak ditanggung oleh elaun dari Kerajaan Jepun. Tapi mungkin boleh dirunding dengan KPM.
Penempatan : Disediakan di dalam Universiti yang ditawarkan nanti
Status : Status Visa Bujang, Boleh bawa keluarga dengan tanggungan sendiri
* Sekiranya ingin membawa keluarga, pastikan datang bersendirian dahulu untuk kenal tempat dan segala fasiliti awam kemudian boleh bawa keluarga sendiri
Status semasa latihan : Dalam Cuti Belajar. Gaji bulanan guru adalah seperti biasabagi pendapatan pokok.
Segera Dapatkan Surat Tawaran dan Syarat Permohonan
Syarat syarat Cuti Belajar ke Jepun :
i. berkhidmat secara tetap
ii. disahkan perkhidamatan
iii. pegawai kumpulan pengurusan dan profesional
iv. berumur 35 tahun kebawah pada April 2017
v. penguasaan bahasa inggeris yang baik
vi. telah mengisytiharkan harta
vii. mencapai markah LNPT purata minimum 85% bagi genap tiga tahun terkini
viii. Bersih dari pertuduhan/ tindakan tatatertib.
ix. tidak tersenarai hitam oleh JPA
x. tiada mengikuti kursus jangka pendek di luar negara dalam tempoh satu tahun kebelakang atau kursus jangka panjang dalam tempoh dua tahun kebelekangan
xi. pegawai yang memiliki kemahiran bertutur bahasa jepun digalakkan memohon.
Makluman am :
Segala prosedur sekiranya terpilih untuk mengikuti program latihan ke jepun adalah prosedur biasa bagi mendapatkan visa 'training' ke jepun.
Ianya meliputi aspek pemeriksaan kesihatan, sijil pengesahan pekerjaan, surat dari jabatan kementerian ataupun 'offer letter latihan perguruan ke jepun', gambar passport dan lain lain lagi.
Untuk bulan pertama, pastikan kita membawa duit tunai sendiri bagi saraan bulan pertama kerana elaun akan dimasukkan pada setiap penghujung bulan.
loading...
0 Response to "(ViraL) Terkini! Tawaran Latihan Percuma KPM kepada Guru ke Jepun dengan Elaun Bulanan RM 5,500"
Post a Comment