(TrendinG) 2 Tahun Berkampung Dihospital, Sikembar Tak Pernah Dibawa Pulang Sejak Lahir Derita Sindrom Usus Pendek

loading...

"Bukan taknak bawa balik tapi mereka terpaksa bergantung pd peralatan hospital..Ibubapa mana yg taknak seronok dgn anaknya di rumah.."
2 Tahun Berkampung Dihospital, Sikembar Tak Pernah Dibawa Pulang Sejak Lahir Derita Sindrom Usus Pendek.. Jom Share dan Doakan Adik -adik ini Sihat seperti Kanak-kanak Lain.. Aaminn..


Sudah dua tahun bayi kembar ini ‘menetap’ di hospital. Sejak dilahirkan, mereka tidak pernah dibawa pulang ke rumah. Bukannya si bapa dan ibu enggan bawa mereka pulang, tetapi oleh kerana ada beberapa kesulitan.
Nurain Kaisah Khairina dan Nurain Raisah Khairani Masnorzan yang menderita sindrom usus pendek dan bocor. Mereka tidak pernah menjejakkan kaki ke kediaman mereka sejak dilahirkan kerana perlu bergantung sepenuhnya kepada peralatan hospital.
Menurut ibu bayi berkenaan Nurhidayah Mukhtar, 36, jika diikutkan naluri keibuannya, mahu saja dia membawa kembar tersayangnya pulang, namun ia memerlukan wang yang banyak untuk mewujudkan persekitaran hospital di rumah.
Lebih memilukan hatinya, anak lelakinya yang berusia 10 tahun bersemangat ingin mendermakan sebahagian ususnya kerana tidak sanggup lagi melihat adik kembar menderita penyakit usus sejak lahir.
“Bayi lain dapat merasa pulang ke rumah. Tapi, bukan anak saya. Malah sejak kembar dilahirkan pada 6 Januari 2015, kami sekeluarga sudah dua tahun berkampung di hospital atas belas ihsan pihak hospital yang memahami keadaan kami.

Nurain Raisah Khairani
“Dunia si kembar saya kini hanyalah hospital. Laman permainan mereka adalah katil hospital. Jika mereka berasa sedikit kuat dan sihat, saya akan bawa mereka bersiar-siar di pekarangan hospital,” katanya dipetik laporan myMetro.
Sudah jalani beberapa sesi pembedahan sejak berusia dua hari…
Menurut ibu beranak lima itu, Kaisah yang menderita sindrom usus pendek masih gagal memberikan tindak balas positif biarpun sudah menjalani beberapa sesi pembedahan sejak berusia dua hari.
“Selepas menjalani pembedahan, doktor mendapati usus Kaisah bengkak, pendek, tidak bersambung dan sebahagiannya berada di luar. Usus Kaisah sepatutnya sepanjang dua hingga ke tiga meter, namun sehingga kini hanya 28.5 sentimeter (cm).
“Doktor berusaha menyambung usus Kaisah namun ia tetap gagal berfungsi. Kemudian dia dibedah sekali lagi, diperiksa bahagian dalam usus, tetapi setelah tiga kali menjalani pembedahan besar, Kaisah tetap tidak dapat menjalani aktiviti harian seperti kanak-kanak lain,” katanya.
Paling menyedihkan Raisah akan membuang air besar 24 jam tanpa henti…
Sementara Raisah pula sudah dua kali menjalani pembedahan dan masih berdepan masalah usus rosak, sempit dan bocor.
“Doktor memotong sedikit usus Raisah dan kemudian melakukan stoma (bukaan yang dilakukan melalui pembedahan pada usus untuk tujuan perkumbuhan), namun apabila stoma ditutup, Raisah menghadapi masalah pencernaan hingga ususnya tidak dapat menyerap zat makanan walaupun susu ibu. Paling menyedihkan Raisah akan membuang air besar 24 jam tanpa henti,” katanya.
Kembar Raisah dan Kaisah perlu bertahan dengan zat yang hanya diserap melalui mesin Total Parenteral Nutrisi (TPN) seumur hidup jika tidak tubuh mereka akan lemah sekiranya mesin penyalur zat itu ditanggalkan walau sehari.
Nurhidayah dan suami yang bekerja sebagai guru kini terpaksa menjual ikan sardin kepada rakan sekerja. Namun masih belum cukup untuk membawa pulang si kembar.
“Doktor ada memberi peruntukan awal iaitu sekurang-kurangnya RM50,000 untuk membeli tiga mesin khas termasuk peti ais khas bagi penyimpanan TPN, pendingin hawa, membina bilik khas yang mempunyai bilik air dan perabot khas bagi menyimpan ubat-ubatan dan alat pakai buang.
“Namun, daripada jumlah itu, saya hanya mampu menyimpan RM6,000. Itu belum termasuk perbelanjaan kembar yang melebihi RM1,000 setiap bulan bagi membeli susu formula dan keperluan lain,” katanya.
Kepada orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan bolehlah berbuat demikian menerusi akaun Maybank Nurhidayah Mukhtar iaitu 162348379719.

Nurain Kaisah Khairina
loading...

0 Response to "(TrendinG) 2 Tahun Berkampung Dihospital, Sikembar Tak Pernah Dibawa Pulang Sejak Lahir Derita Sindrom Usus Pendek"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close